Sempena Hari Kebangsaan Malaysia, blog ini ditaip dalam bahasa Malaysia.
Hari ini merupakan hari terakhir bulan Ogos dan akan bermulanya bulan September. Berakhirlah juga minggu keempat and bermulanya minggu kelima semester pertama tahun akademik 2008-09 Universiti Teknologi Nanyang.
Apakah yang telah saya buat beberapa minggu ini? Berlonggok-longgokan kerja rumah masih belum disiapkan. Meskipun kerja-kerja rumah tersebut adalah bukan wajib, saya sedar bahawa saya tidak akan memahami konsep-konsep dalam pelajaran saya jika kerja-kerja rumah tidak dibuatkan. Misalnya, latihan-latihan CBC932 Kimia Polimer pun belum saya lihat lagi. Oleh itu, saya langsung tidak dapat mengingati apa-apa yang diajar oleh pensyarah dalam kelas. Erm... juga boleh dikatakan saya tidak memberi perhatian dalam kelas itu...
Dalam bilik asrama, perhatian saya ditumpukan pada komputer. MSN, Wikipedia, Youtube... semuanya adalah lebih menarik daripada kerja-kerja rumah yang harus dibuat. Entahlah sampai bila akan saya dapat menewaskan ketagihan Internet dan kemalasan saya ini...
Oh Tuhan... selamatkan saya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment